Saturday, February 5, 2011

PERALATAN ASAS UNTUK BERMULA DI PASAR MALAM

1. Meja lipat khas pasar malam rm35-rm50...ukuran panjang 6 kaki
2. Papan lapis letak atas meja ( 2 keping ) rm15
3. Alas meja rm10
4. Sekaki payung (bulat atau empat segi) rm80-rm130
5. Plastik jernih rm10 ( untuk menutup barangan jika hari hujan)
6. Bateri terpakai rm30-rm40
7. Sebiji mentol lampu dan wayar serta klip buaya rm15-rm20

Friday, January 28, 2011

BAGAIMANA MEMULAKAN PERNIAGAAN PASAR MALAM

MASIH ramai yang tercari-cari jalan atau lubang untuk berniaga di pasar malam walaupun kita maklum perniagaan ini boleh membawa keuntungan. Ada yang terkial-kial untuk memulakan bisnes ini yang nampak agak mudah namun cara yang betul belum dijumpai lagi.

Anda buntu dari segi modal, lokasi, jenis jualan, lesen niaga, tapak niaga, saingan dan lain tetapi itu semua bukan halangan yang besar. Kalau kena cara dan anda tidak malu untuk bertanya maka semua halangan itu teramat mudah untuk dilepasi.

MODAL....besar atau kecil ? Kalau anda bertanya saya pasti saya tekankan modalnya sekitar rm300-rm500 sahaja dan ramai akan mentertawakan kenyataan saya ini. Apa yang saya perkatakan di sini berdasarkan pengalaman-pengalaman yang telah saya lalu termasuklah jatuh dan bangun dalam perniagaan kecil ini. Sifirnya mudah, perniagaan kecil jadi modalnya pun agak kecil. Tetapi dari segi keuntungan kita mesti bijak untuk mencaturkannya kerana kita mampu mendapatkan pulangan yang besar dan berganda berdasarkan kebijaksanaan kita memanipulasikan pasaran setempat dan terhad.